
Sulit
4 tahun
Masalah tidur ( insomnia)
saya berumur dalam 29an, mengalami masalah sukar tidur malam pada masa yang sepatutnya selama hampir 5 tahun kebelakangan ini. sebelumnya saya pernah bekerja di syarikat swasta yang banyak menjalankan kerja pada masa syif malam sahaja dan rehat pada masa siangnya. Adakah disebabkan routine kerja pada masa malam yang menyebabkan sehingga kini saya mengalami masalah sukar tidur malam. Dari segi pengambilan ubat untuk tidur saya ada mengambil ubat tidur dan ubat batuk tetapi ia tidak menjadikan saya lena dan seolah tiada efek dari ubatan tersebut yang boleh memberi saya mucah untuk tidur. saya juga ada mencuba perubatan tradisional dan sama juga tiada efek darinya, disebabkan masalah ini berlanjutan saya mahu pandangan dari doktor apakah selain dari mengambil perubatan dan apakah saranan doktor untuk ubatan jenis apa yang boleh menyeledaikan masalah saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah insomnia yang dihadapi hampir selama 5 tahun. Bagi pihak kami, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Kadangkala penyakit insomnia merupakan salah satu masalah psikatri yang dihadapi pada zaman ini.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.