
ckeynrered
5 tahun
Masalah Tiroid yang saya risaukan
Saya wanita berumur 25 tahun dan mempunyai anak perempuan yang baru berumur 1 tahun 10 bulan. Pada tahun lalu sekitar bulan May saya tanpa sengaja melihat cermin dan mendapati ada benjolan disebelah kiri leher saya. Sebelum saya mendapati ada benjolan tersebut, saya mengalami stress sehingga saya panic dan tak dapat tidur malam. Sehingga lah saya berjumpa doktor dan membuat review dekat hospital. FNAC && Scan telah dibuat bagi mengetahui apa benjolan tersebut. Doktor mengesahkan ia nya COLLOID GOITER.
Persoalan saya doktor,
1.Apakah saya perlu membuang tiroid sebelah kiri saya?
2.Apakah makanan yang baik untuk masalah ini?
3.Saya merancang untuk mempunyai zuriat lagi, adakah merbahaya?
Terima kasih diatas kerjasama dan jawapan dari doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, colloid goitre boleh terdiri dari beberapa kategori dan maka beberapa perawatan yang berbeza. Secara umum, yang dimaksudkan dengan colloid goitre adalah pembesaran kelenjar tiroid. Pembesaran kelenjar ini dapat mempengaruhi bilangan hormon tiroid yang diproduksi.
Justeru, perawatan paling awal adalah memakan ubat untuk meregulasi semula hormon tiroid. Pilihan ubat yang diberikan adalah tergantung kepada kadar hormon tiroid anda. Apabila kelenjar terlalu besar dan tidak respons terhadap pengubatan sehingga menimbulkan gejala seperti sesak nafas dan susah menelan, maka doktor akan mencadangkan untuk kelenjar tersebut dibuang agar tidak membahayakan anda.
Untuk mempunyai zuriat adalah tergantung kepada banyak hal seperti ketidaksuburan. Seandainya hormon anda dalam kadar yang baik, maka penyakit ini tidak akan menghalang anda untuk mempunyai anak. Oleh itu, sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda tentang perancangan anda untuk mempunyai zuriat agar dapat ditentukan perawatan dan dose ubat yang sesuai.
Merujuk kepada pertanyaan anda tentang makanan, sebetulnya hal ini adalah tergantung kepada kadar iodine anda dan sifat benjolan tersebut. Pesakit individu dengan nodul yang jinak (bukan kanser), padat, atau pepejal harus mempunyai pengambilan iodin yang mencukupi. Sekiranya disyaki pengambilan makanan tidak mencukupi, doktor akan menganjurkan supplemen iodin sebagai tambahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.