
Sulit
4 tahun
Masalah Tompokan Putih Pada Kulit Semejak Dari Kecil
Saya berusia 18 tahun dan saya mendapati kulit wajah saya terdapat satu tompokan putih sebesar 50 sen. Saya tidak mengetahui apa masalah yang saya hadapi pada wajah kulit saya. Dan apakah rawatan yang perlu saya ambil untuk menghilangkannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tompokan putih yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat/fungi
- Kulit kering
- Alahan
- Ekzema
- Psoriasis
- Systemic Lupus Erythematosus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Keadaan kulit seperti warna dan juga persekitarannya perlu untuk diteliti untuk mendapatkan konklusi berkenaan dengan masalah yang anda hadapi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.