
Sulit
4 tahun
Masalah tulang berbunyi
Saya berumur 18 tahun, pernah ada sejarah sakit tulang belakang dan selalu ada oppointment dengan doktor di sebuah hospital kerajaan tetapi sudah tidak pergi kerana sakit telah hilang. Pertanyaan saya adalah kenapa tulang saya selalu berbunyi apabila bangun dari tidur? Kadang-kadang bukan sahaja tulang belakang malah tulang di bahagian lengan pon kekadang berbunyi semasa hendak buat renggangan. Adakah tulang saya sudah rapuh?? Saya mudah lagi doktor huaaaaa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah tulang berbunyi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya perlu tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah penyakit tulang yang anda perkatakan kerana ia mungkin berkaitan dengan gejala yang anda alami sekarang. Untuk makluman anda, tulang berbunyi mungkin disebabkan oleh:
- Fisiologi (fungsi normal organisma hidup dan bahagiannya) apabila sendi bergerak
- Pergeseran antara sendi akibat kurang cecair dalam sendi
- Kerapuhan tulang
- Bunyi ligamen atau tendon sentap
Kerapuhan tulang biasanya berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Tulang rapuh akan mengambil masa berbulan bulan atau bertahun untuk terjadi.
Sekiranya gejala yang anda alami berpanjangan atau telah mengganggu aktiviti harian anda, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.