
Sulit
3 tahun
Masalah ubat payudara
saya nk bertanya pasal ubat,sy ad mslh puting payudara mngelupas,dan ada masa gatal.saya ad brjumpa doktor dia ckp saya tk kene infection pun,so dia tak bgi sy ubat antibiotik.dia bagi saya cream fusidic acid cream.saya nk tnya adakah cream tu sesuai disapukan di puting payudara

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum membuat kesimpulan terhadap penyakit anda dan memberikan ubat yang tertentu.
Cream fusidic acid adalah sesuai digunakan untuk merawat keadaan kulit yang dijangkiti oleh kuman (bakteria). Krim ini hanya bagi penggunaan luaran sahaja. Sapu krim dengan lapisan yang nipis pada kawasan yang terkena jangkitan 2 hingga 3 kali sehari. Oleh itu ia sesuai untuk digunakan pada puting payudara.
Namun, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan