
Sulit
4 tahun
Masalah under-weight
Salam sejahtera untuk smua doktor.
Saya mengalami masalah bmi underweight. Tinggi saya 151cm dan berat badan saya ialah 43kg. Saya sgt susah untuk menaikkan berat badan. Saya telah cuba untuk makan dgn kuantiti yg banyak. Malangnya, saya cepat kenyang walaupun baru makan sedikit. Boleh kah saya dapatkan beberapa tips dan saranan daripada doktor untuk menaikkan berat badan dengan lebih mudah?
Saya juga ada soalan, adakah susu2 protein yg berada di pasaran sesuai untuk saya ambil?
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang BMI.
Berdasarkan berat dan tinggi yang anda nyatakan, BMI anda adalah 18.9 dan berada pada kelas BMI normal. Untuk makluman anda, BMI normal adalah 18.5-25. Untuk menambahkan berat badan, antara cara yang boleh dilakukan adalah:
- Mengambil makanan tinggi kalori
- Pilih makanan bernutrisi tinggi seperti daging
- Makan dalam porsi kecil tetapi kerap
- Senaman beban seperti yoga
Saya tidak mengesyorkan anda untuk mengambil susu protein sembarangan tanpa periksa kandungan di dalamnya. Sekiranya anda buntu, sila ke klinik untuk mendapatkan bantuan pakar pemakanan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.