
Sulit
5 tahun
Masalah urat keluar nanah
tuan/puan
urat dibawah zakar saya keluar cecair nanah tapi sedikit saja. Bila dipicit dan dicuci. keesokan akan ada lagi. macam urat tu terputus/luka
apakah masalah ini ye. runsing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan zakar bernanah. Antaranya kemungkinan yang mungkin berlaku adalah:
- Jangkitan penyakit kelamin
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Jangkitan di bawah kulit menyebabkan nanah
- Keradangan pada zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.