
Sulit
3 tahun
Masalah urat tulang belakang menjadi tegang
Hai doktor, saya mengalami sakit tulang belakang bila pergi ke klinik untuk buat xray. Doktor kata saya mengalami ketengangan urat belakang. Jadi mcmana jalan penyelesaiannya ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sakit belakang mungkin memerlukan rawatan seperti pembedahan, ubat dan juga fisioterapi, berdasarkan kondisi setiap individu.
Pelbagai teknik ataupun langkah mekanikal yang boleh dilakukan untuk mengurangi masalah ini. Antaranya:
- Mengamalkan postur badan baik amnya ketika duduk, berdiri, bersukan dan juga ketika mengangkat barang.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh untuk mencederakan tulang belakang.
- Memastikan berat badan berada pada tahap yang ideal.
- Bagi gologan wanita yang telah menopaus, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
Akan tetapi, terdapat beberapa sakit belakang yang berpunca daripada masalah yang serius dan perlu untuk mendapatkan pemerhatian lanjut.
- Apabila anda rasa lemah atau lumpuh pada kaki dan paha.
- Kesakitan yang mula terasa ataupun merebak pada paha dan kaki.
- Mula merasakan kebas pada kaki dan paha.
- Pergerakan pada bahagian kaki terbatas.
- Jika simptom sakit belakang berkaitan dengan simptom berikut:
- Demam
- Sakit bahagian perut
- Penurunan berat badan
- Sakit ketika melakukan aktiviti perkumuhan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!