
Sulit
4 tahun
Masalah usus, sukar membuang air besar dan perut berangin
Sy wanita berumur 36 tahun. Sy rasa sy ada masalah berkaitan usus. Sy start perasan cara sy membuang air besar sudah berubah. Setiap kali membuang air besar, mesti keluar lendir seolah-olah putih telur bercampur dgn warna kuning. Ada ketika najis tidak keluar walaupun rasa nak membuang. Hanya keluar angin sahaja. Kadang2 sy sembelit, kadang2 cirit birit hingga 2/3 hari. Sy juga memerlukan jari utk membantu mengeluarkan najis seolah2 usus sy menjadi sempit. Sampai kena buasir. Sy sentiasa rasa tidak puas membuang air besar, terasa macam berat pd bahagian perut. Mengakibatkan sy sakit pinggang yg amat.
Benda ini berlarutan sehingga sy menjadi anxiety. Ada juga diserang sakit dada bahagian kiri. Rasa menyucuk ketika menarik nafas. Adakah ia berkaitan dgn kanser kolon? Apa yg perlu sy buat? Setakat harini sy hanya amalkan makan probiotik dan jaga makan. Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih