
Sulit
4 tahun
Masalah wanita baru saya alami
Saya umur 28 tahun. Sy dtng bulan kali ni bibir faraj sy jd gatal bengkak. Ubat apa yg per sy cri di farmasi ya doctor untk kurang rsa gatal kawasan bgkak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya alat sulit yang bengkak atau mengalami kelainan, boleh berpunca dari:
- kista bartholini
- jangkitan kuman
- abses bartholini
- fibroma / lipoma / leiomyoma
- komplikasi kelainan atau iritasi kulit
Khususnya benjolan yang disertai dengan kemerahan atau gatal, boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman
- saluran kelenjar yang tersumbat
- trauma atau luka
- dan lain-lain
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang (tergantung diagnosis penyakit) boleh dilaksanakan. Dari rawatan antibiotik topikal, sehingga ke operasi kecil.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, dan agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.