
Sulit
5 tahun
Masalah wanita dalaman
sy berumur 25 tahun dan sudah berkahwin 5 tahun tapi masih belum mempunyai zuriat . sy ingin bertanya sy mengalami simptom period tidak teratur , segugut teruk dan kerap buang air kecil . boleh sy tahu simptom yg sy alami berkaitan dgn penyakit apa dan cara untuk sy atasi nya ? thanks you doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
- Firoid dalam rahim
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan endometrium di organ lain
- Ketumbuhan serviks/rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.