
Sulit
4 tahun
Masalah wanita,keputihan dan jenis ubat untuk bahagian faraj
Saya wanita berusia 20 thun … bahagian faraj saya sentiasa gatal dan hanya berhenti gatal ketika period… ada mungkin sebb keputihan…tapi saya takpsti nk buat macam mne … saya pun sdri xthu nk pilih jenis ubat atau krim2 untuk bahagian faraj tu. Kegatalan itu menyebabkan faraj saya terluka dan pedih2 sbb terlalu kuat menggaru … boleh minta pendapat apa yang ptut saya buat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan gatal yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.