
Sulit
4 tahun
Masalah wanita. Ngilu di bahagian kemaluan
Hi. Saya umur 22 tahun. Saya mengalamai, ngilu di bahagian kemaluan. Setiap kali rasa ngilu, akn mengeluarkan cecair cair. Dah dah 2 bulan, haid saya tak dtg.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu tidak datang haid sejak dua bulan. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu atau berhenti.
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Berkenaan rasa ngilu di bahagian kemaluan, kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang cecair itu seperti warna atau adakah terdapat tompokan darah bersama cecair yang keluar itu.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!