
Sulit
3 tahun
Masalah yang dialami saya
Saya wanita berumur 21tahun sudah berkahwin.kebelakangan ini saya selalu keluar cecair putih yang cair sampai seluar hampir basah.badan rasa malas dan sakit. Perut saya ada rasa tajam-tajam mencucuk.Badan saya pun susut selera makan pun hilang.Tarikh period saya 30/5 kalau ikutkan kalendar. Adakah saya hamil? Ikutkan pregnant test yang biasa bukan beli di farmasi 2 kali saya buat line kedua ada samar-samar tapi pregnant test yang saya beli di farmasi hanya satu line.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Keputihan normal atau fisiologikal
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Vaginitis
- Cervicitis
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak ataupun anda mempunyai masalah kesihatan lain kerana maklumat yang diberi tidak mencukupi dan juga pemeriksaan perlu dilakukan terhadap anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.