
Sulit
4 tahun
Masalah yang saya hadapi ialah masalah membuang air besar dengan normal seperti tiap hari
Saya wanita 20an. Masalah saya ialah saya sangat jarang buang air besar walaupun saya dah kerap minum air masak. Jikalau saya membuang, ia ambil masa yang lama. Padanya mulanya najis saya sangat keras, berketul dan kecil sehingga saya terpaksa guna jari untuk keluarkannya. Kemudian, najis tersebut diikuti dgn najis normal dan akhir sekali najis yang sangat cair. Boleh beri penerangan lagi jelas dengan masalah yang saya hadapi? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah penghadaman
- Penyakit inflammatory bowel diseases seperti penyakit Crohn atau ulcerative colitis
- Kanser usus
- Kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya:
- Gejala berlarutan
- Najis berdarah
- Kerap sakit perut
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.