
Sulit
4 tahun
Masalah zakar dan air mani akan terkeluar sendiri ketika bangun pagi
Saya lelaki dan saya nak tanya soalan mengenai masalah kesihatan saya, ketika waktu tidur setiap kali bangun pagi air mani mesti terkeluar sedikit sedangkan tidak sentuh atau beronani ketika tidur, boleh saya tahu clinic mana yang boleh menyelesaikan masalah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pengeluaran air mani setiap kali ketika bangun pagi walaupun tidak beronani.
Kemungkinan perkara ini bukan lah penyakit yang serius dan tidak perlu dibimbangkan. Keadaan yang anda alami ini lebih dikenali sebagai Spermatorrhea dan ini boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan emosi
- Hubungan seks yang berlebihan
- Pengambilan minuman alkohol
- Penyakit keradangan bahagian organ seksual lelaki seperti - Prostatis, spermatocystitis dan Orchitis.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat..
Sekiranya anda mengalami simptom seperti pening, keletihan, lemah belakang atau kaki, dan insomnia serta mengalami perkara ini dengan kerap dan berpanjanga, kami sarankan anda berjumpa dengan mana-mana klinik yang berdekatan bagi menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah