
Sulit
2 tahun
Masalah zakar kecil pada umur 17 tahun
Saya lelaki berumur 17 , zakar saya kecik bila lembik hanya sekitar 2 inci sahaja dan bila menegang hanya 4 inci sahaja…adakah saya dikategorikan mikropenis ? Saya agak risau kerana zakar saya masih tidak membesar.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, saiz zakar tidak akan menjejaskan fungsinya, serta saiz 4 inci juga adalah saiz biasa untuk asian. Walau bagaimanapun, panjangnya bukanlah pertimbangan yang paling penting. Keupayaan fungsinya lebih penting. Sepatutnya zakar perlu cukup tegar semasa ereksi untuk penembusan vagina dan ejakulasi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.