
Sulit
4 tahun
Masalah zakar, kerap terpancut, adakah ini normal?
assalamualaikum, saya seorang lelaki berumur 24 tahun, untuk pengetahuan doktor, setiap bulan saya akan beronani, last onani saya pada 15 feb 2021, n masuk bulan mac ni saya masih belum onani lagi, cume soalan saya sekarang, bila mana saya asyik melihat gambar pompuan yg seksi, bila saya tidor, lately, dalam semnggu ni dah hari ketiga saya asyik trpancut air mani bila bangun tdor…tlg saya doktor…adakah ini normal untuk lelaki?..saya tgh dalam fasa nak berhenti ni doktor…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keadaan ini adalah normal sekiranya penyimpanan sperma anda telah berlebihan dan tidak dikeluarkan. Pancutan malam ini juga boleh disebabkan oleh gesekan dan rangsangan daripada selimut atau bantal anda semasa anda tidur.
Pengeluaran mani tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal
- efek samping ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, kecederaan, dan jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.