
Sulit
3 tahun
Masalah zakar lemah dan tidak mengeras
Sya berumur 20 thn sya mempunyai masalah zakar lemah dan x mengeras sya amat risau jika terjadi mati pucuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda menyatakan kerisauan anda terhadap gejala zakar lemah dan tidak mengeras serta risau ianya adalah mati pucuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mati pucuk berlaku apabila seorang lelaki tidak dapat mencapai ketegangan zakar atau tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar ketika melakukan hubungan seksual.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah ini.
Begi mereka yang masih mudah, masalah ini biasanya berlaku akibat gangguan psikologi atau kecederaan zakar.
Bagi mereka yang lebih berusia pula, masalah mati pucuk biasanya berkaitan penyakit yang menyebabkan gangguan saluran darah seperti darah tinggi dan kencing manis.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan merawatnya, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.