
Sulit
3 tahun
Masalah zakar tidak tegang mati pucuk
Sy mengalami masalah zakar tidak tegang selepas 3 hari sudah di vaksin. Apakah menyebabkn sffect vaksin atau masalah penyakit sy sendiri. Mohon penjelasan doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah zakar tidak tegang selepas tiga hari anda divaksinaikan.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kesan sampingan Covid-19 berbeza bagi setiap orang.
Namun zakar tidak tegang tidak merupakan kesan sampingan dari Covid-19 daripada kajian yang dilakukan sehingga kini.
Ini mungkin suatu keadaan yang berbeza daripada kesan sampingan Covid-19.
- Punca mati pucuk yang dapat dikenal pasti adalah kerana pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat,Justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan.Justeru itu,masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah yang tidak memuaskan .
- Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.
*Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.Kegagalan hati dan buah pinggang juga boleh memberi kesan kepada hormon. - Penyakit Parkinson boleh menyebabkan hormon ‘Dopamine’ berkurangan lantas menyebabkan ganguan kepada pengekalan ketegangan zakar.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain juga menyumbang kepada Mati pucuk.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
. Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.