
Anonymous
5 tahun
Masalah zakar yang kurang efektif
Hai dr, sy berumur 29 tahun, sy ingin bertanya berkenaan lemah tenaga batin, zakar tidak keras sepenuh nya, keinginan seks yang tinggi tetapi sering tidak bertahan lama, sebelum berkahwin rajin onani, sekarang sudah sedar akan akibat nya, ada cara dan rawatan yang boleh memulihkan keadaan zakar sy supaya kembali seperti asal?
Terima kasih dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, zakar tidak tegang sepenuhnya dipanggil masalah mati pucuk manakala masalah tidak dapat bertahan lama dipanngil ejakulasi pramatang.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ‘mati pucuk’ ini boleh disebabkan:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
Antara langkah menangani isu ini ialah dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Ubatan
Untuk pengambilan ubat-ubatan, anda perlu mendapatkan preskripsi dahulu kerana status kesihatan anda perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.