Sulit
4 tahun
Masalah Zakar yang kurang tegang dan senang pancut walaupun tidak tegang
Saya lelaki umur 28 tahun, mempunyai masalah zakar kurang tegang dan senang keluar air mani walaupun tidak tegang, saya takut adakah disebabkan mati pucuk atau zakar patah? Adakah masih ada harapan utk rawatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda bimbang tentang keadaan zakar yang kurang tegang dan senang keluar air mani. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi saat ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Oleh itu, saya menasihatkan anda untuk merujuk doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan saya ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

































