
Sulit
4 tahun
Masih belum datang haid walaupun bayi saya dah berumur lebih setahun
Saya berumur 34 tahun, melahirkan anak keempat pada feb2020. Anak saya dah berumur 14 bulan tapi saya masih belum datang haid. Adakah ini normal? Saya pernah rasa cramp dan sakit pinggang. Ada buat upt tapi hasilnya negatif. Saya tidak mengambil sebarang perancang kerana doktor tidak menggalakkan saya berbuat demikian sebab saya ada breast cyst birads-3.
Adakah normal haid datang lambat selepas bersalin (lebih setahun)? Berapakah tempoh paling lama yang perlu saya tunggu untuk haid datang semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kitaran haid bagi sesetengah wanita mengambil sedikit masa untuk kembali normal selepas bersalin. Bagi wanita menyusukan anak, meraka boleh tidak datang haid sehingga 6 bulan selepas melahirkan anak.
Punca lain haid yang lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasihpenerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!