
Sulit
5 tahun
Masih belum mengandung
Saya sudah 1 tahun 3 bulan berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Saya jadi risau jika ada masalah apa apa antara saya dan suami. Dan jika masih belum rezeki kami Terima.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk seseorang itu hamil sememangnya akan mengambil masa dan terdapat beberapa faktor mengapa seseorang itu tidak dapat hamil seperti:
- Faktor isteri - fibroid rahim, endometriosis, penyakit radang pelvis, masalah saluran ovum
- Faktor lelaki - tidak cukup sperma, sperma cacat/kurang aktif
- Faktor lain - seperti serviks rapat, masalah hormon
Untuk melihat status ovum ataupun sperma pasangan anda, anda berdua perlu menjalani pemeriksaan doktor di klinik pakar atau hospital kerana perlatan serta ujian darah diperlukan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.