Sulit
4 tahun
Masih belum period sejak melahirkan anak, tapi ingin hamil
Hi,doc. Sy bercadang ingin hamil lagi, tp aehingga kini saya masih belum period. Anak saya kini sudah berusia 1thn5bln… Sy masih menyusukan badan anak sy. Apakah yg perlu sy lakukan agar proses ovulasi berlaku supaya sy dpt hamil lg? Adakah sy boleh ambil clomid? Sy kini berumur 36thn… Sejarah pregnancy:
2014: Keguguran at 12 weeks
2016: Fetal death at 1 day, gdm on diet control (masalah paru2, patau syndrome)
2018 : gdm on diet control, induce at 39 weeks , healthy child
2019 : gdm on diet control, hb low (need to take zinc 2 tablets per day), healthy child but born with sacral dimple di punggung dkat dgn coccyx, ear skin tag.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kitaran haid bagi sesetengah wanita mengambil sedikit masa untuk kembali normal selepas bersalin. Bagi wanita menyusukan anak, mereka boleh tidak datang haid sehingga 6 bulan selepas melahirkan anak.
Punca lain haid yang lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui rawatan tepat bagi mengatasi masalah ini, punca masalah perlulah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga digalakkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan konsultasi bersama doktor. Hal ini kerana pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























