
Sulit
4 tahun
Masih boleh mengandung atau tidak?
Suami saya mengalami masalah ejakulasi pramatang yang mana saya belum sempat untuk klimaks, beliau dah pun pancut. Soalan saya, dalam keadaan tersebut, adakah saya masih boleh mengandung ? Atau peluang untuk saya mengandung, tipis ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Secara umumnya ejakulasi pramatang yang mempunyai kadar sperma yang cukup sifat dan dalam kuantiti yang cukup tetap boleh mencetuskan kehamilan sekiranya air mani si suami sempat memasuki pintu rahim puan.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.