
Anonymous
5 tahun
Masih haid selepas denggi
Sy wanita berumur 31 tahun…baru2 ini saya baru recovery dari penyakit denggi. Tapi setelah 2 minggu lebih haid sy masih tidak berhenti… Adakah ini biasa bagi pesakit denggi seperti saya dan memang normal haid saya seperti ini. Terima kasih doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, demam
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala tambahan seperti hilang berat badan, kerap kencing
- Masalah pembekuan darah - akibat demam seperti denggi
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.