Sulit
2 tahun
Masih positif covid selepas potong gelang
Doktor, benarkah jika pesakit covid19 masih positif walaupun dah potong gelang? Jika ya, saya mohon penjelasan.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda,jikalau anda sudah tiada simptom,sudah menjalani kuarantin dan doktor sudah mengesahkan bahawa anda sudah pulih,pihak hospital akan memberikan kepada anda surat pelepasan kuarantin.
Selepas seseorang pulih daripada Covid-19,badan akan menjana antibodi yang boleh dikesan selama lebih kurang tiga bulan. Oleh yang demikianlah swab test memberikan keputusan positif. Ini bermaksud anda tidak boleh menjangkiti seseorang dan juga tidak boleh dijangkiti dalam tempoh waktu itu.
Walau bagaimanapun,pelitup muka,penjagaan jarak sosial dan tangan yang sentiasa bersih amatlah penting dan haruslah dipatuhi dengan ketara kerana Covid-19 merupakan gejala yang baharu dan tidak dapat dikenal pasti untuk tempoh mana seseorang akan dilindungi oleh antibodi yang dihasilkan mereka selepas pulih daripada Covid-19.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini