
wanasafina
5 tahun
Masihkah ada hrpan sy
sy ade klinik blom lme ni untuk cek kandungan…awl sy cek upt sy postif… tp lma lma kluar drh sdkit …drh sy tibatba lajak kluar mcm period pda hri ke empat…msa cek doktor ckp ade kntung baby sdgkn darah sy kluar mcm haid…adkah sy msih prgnt?? doktor ade sruh cek lg 2 mnggu akn dtg…nak rpt upt dan uffme … apa mksd uffme tu…adakh sy msih ada hrapan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda. Sebetulnya pemeriksaan tersebut adalah pemeriksaan asas yang dilakukan untuk menilai status kehamilan, serta risiko-risiko lain yang boleh mempengaruhi kandungan seperti jangkitan dan sebagainya.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.