
Sulit
5 tahun
Maslah haid yang berpnjangan
hi sy berumur 29tahun saya mengalami masalah period yang berpanjang. normal atau tidak ? berat badan sy 125kg.pernah rujuk ke klinik tp doctor kata masalah hormon kerana berat badan. tetapi agak kurang selesa pada sy untk melakukn aktiviti hari apabila haid melebihi 30 hari. dgn jumlah darah yg agak banyak. terkadang keluar ketulan sebesar hati ayam. sy juga kerap merasa pening kepala,pitam dan bedebar2. terkadang period sy melebihi 30hari stop dlm masa seminggu or 2 minggu akan dtg semula.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Memandangkan anda telah menunjukkan gejala anemia iaitu pening kepala, berdebar dan pitam, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Antara rawatan bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.