
Sulit
4 tahun
Mata berselaput, berwarna merah dan seperti ada nanah
Hai doktor. Baru-baru ini mata saya seperti dimasuki habuk dan sejak dari itu mata saya berasa senak. Kemudian saya perasan mata saya berwarna merah dan seperti ada selaput. Adakah ianya serius?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit mata boleh memberikan gambaran kepada pelbagai masalah seperti:
- Viral conjunctivitis akibat jangkitan virus, tiada ubat
- Conjunctivitis bakteria.
- Cairan normal yang sering disebabkan iritasi seperti garu dengan tangan
- Salur air mata yang tersekat.
- Benda asing dalam mata
Selain dari pengubatan, anda juga boleh melakukan hal berikut untuk mengurangkan masalah:
- Sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh mata
- Elakkan menggaru atau menenyeh mata terlalu sering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit mata adalah pelbagai. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar mata (Opthalmologist) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.