
Sulit
4 tahun
Mata denyut denyut ,dah 2minggu tapi tak merasa sakit
Hi assalamualaikum , mata saya sebelah kanan berdenyut denyut , tapi saya tak merasa sakit atau gatal cuma denyut denyut , kadang thn 20-30 second denyutan nya. Dah dua minggu mcm ni! Xda k affect apa apa doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata berdenyut-denyut yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Jangkitan dalam mata
- Glaukoma
- Tekanan darah tinggi
- Sakit migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.