
yv424503
5 tahun
Mata gatal dan pedih
Saya lelaki berumur 39 tahun…baru2 ni sayq perasaan bila saya pandang keatas saya ternampak macam ulat2 terbang…kdg2 ada yg warna hita…mmg menganggu rasa nyer…mcm x selesa…dan saya rasa silau saya pon tinggi…apa yg perlu saya buat doc…adakah boleh sembuh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mata gatal dan pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam mata
- Alahan mata - seperti pada debu atau produk pembersih
- Masalah rabu/astigmatism
- Glaukoma - sekiranya anda mempunyai faktor risiko seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.