
azlina
6 tahun
Mata putih ada bintik hitam
anak sy berusia 4 tahun ada tanda hitam pd mata putihnya

6 tahun
Hai, salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkenaan tanda hitam pada mata putih anak anda, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan. Kebanyakan tanda pada mata adalah tidak merbahaya, namun seperti yang saya nyatakan, kesimpulan tidak dapat dibuat kerana terdapat banyak kemungkinan terhadap penyebab tanda tersebut.
Oleh yang demikian, anda disarankan agar merujuk perkara ini kepada doktor agar maklumat lanjut dan pemeriksaan menyeluruh dapat dilakukan lebih lebih lagi jika anak anda mengalami sebarang masalah pengelihatan seperti pengelihatan kabur, mata gatal atau merah dan lain-lain. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.