
Sulit
4 tahun
Mata putih menjadi kebiru-biruan dan terasa berat
saya berusia 16 tahun dan sejak 2 ke 3 tahun lepas mata putih saya menjadi kebiru-biruan dan terasa berat

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, mata bahagian putih atau nama lainnya sklera adalah antara struktur mata yang penting dalam memberikan perlindungan kepada saraf optik. Ianya boleh menjadi merah jika terdapat keradangan ataupun jangkitan. Apabila ia menjadi kebiruan, berkemungkinan yang lapisan sklera telah menipis dan menampakkan struktur dalaman seperti uvea. Ianya boleh menjadi nipis seperti mereka yang menghidapi penyakit Osteogenesis Imperfecta atau masalah seperti kekurangan darah kerana kekurangan iron (iron deficiency anemia).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah mata putih menjadi biru merangkumi pelbagai sebab. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar mata (Opthalmologist) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.