
Sulit
4 tahun
Mata sy merah kiri dan kanan
Sy nk tanye…mata sy merah kiri dan kanan…kadang2 rasa pening…tpi sy dah jumpa dktr…dktr bg ubat mata dan cream mata antibiotik…tpi masih rasa tak selesa lg…ape sy perlu buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemerahan pada mata kiri dan kanan. Untuk makluman anda, punca mata menjadi merah boleh dibahagikan mengikut kawasan mata yang terlibat. Antara bahagian yang boleh ditemui pada mata termasuklah biji mata (eyeball), kelopak mata (eyelid), sklera (sclera), konjunktiva (conjunctiva), dan kelenjar air mata (lacrimal gland). Selain itu, punca mata merah juga boleh terbahagi lagi kepada dua kumpulan, sama ada:
A) Mata merah tanpa rasa sakit
- Pendarahan subkonjunktival
- Konjunktivitis (keradangan lapisan konjunktiva)
- Episcleritis (keradangan lapisan episklera)
B) Mata merah dengan rasa sakit
- Glaukoma akut
- Ulser kornea
- Uveitis
Rawatan adalah bergantung kepada punca penyakit ini. Jika ianya disebabkan oleh bakteria atau kulat, ubat antibiotik atau antifungal akan diberikan. Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus juga memerlukan ubat antivirus. Ubat kebiasaanya berupa titisan pada mata.
.
Kini anda tidak perlu risau dengan mata anda. Lihat di sini untuk penjagaan mata yang baik dan sihat!
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Dengan demikian, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Jika anda mempunyai keraguan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih