
zainawie94
5 tahun
Mata tiba tiba tak boleh nampak
Saya sebagai wakil isteri ingin bertanya. Umur isteri saya 30tahun mempunyai 1anak, Selepas dia bersalin dalam masa 1tahun mata tu ok lagi tetapi bila anak da umur setahun lebih dlm masa 2/3 bulan mata isteri saya mulai tak dapat melihat try spek mata pun mata tinggi sangat. Harap dokter dapat tolong bagi penjelasan untuk saya terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penglihatan yang semakin menghilang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ulser kornea - ulser adalah mirip luka sementara kornea adalah merupakan salah satu lapisan luar bola mata
- Sindrom mata kering (dry eyes syndrome) yang mana terdapat masalah pada pembentukan dan regulasi air mata
- Uveitis iaitu keradangan uvea
- Kesan trauma
- Papiledema iaitu pembengkakan papil di dalam mata
Melihatkan masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit lain yang mungkin lebih kompleks, pengubatan bagi masalah kehilangan penglihatan harus ditangani dengan cermat dan serius oleh doktor pakar mata. Penyakit dasar seperti yang disenaraikan diatas harus diatasi dan dirawat terlebih dahulu.
Untuk merujuk pakar, ataupun mendapatkan info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.