
shamylrezza12
5 tahun
Mati pucuk atau kesan blom hilang?
Salam doktor . Nak tanya , pernah dengar produk gambir jantan tak ? Sy pakai petang semalam ,mungkin terlalu banyak . Then pagi semalam baru cuci pakai sabun .Hampir 8 jam saya biar bende meresap . Tapi sampai skrang tak boleh stim ? Tu dah mati pucuk ke atau kesan gel tu blom hilang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan Encik, mati pucuk terjadi apabila tubuh badan gagal mengenal pasti ransangan yang diberikan kepada alat kelamin, dan seterusnya gagal untuk menegangkan tisu alat kelamin yang membenarkan ereksi supaya berlaku.
Dengan mengawal dan merawat faktor-faktor yang boleh diubah, risiko mati pucuk dapat dikurangkan dan ia juga boleh merawat keadaan mati pucuk. Gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhenti merokok, diet yang lebih seimbang, menguruskan tekanan emosi dengan lebih baik serta mengelakkan aktiviti seksual yang tidak sihat turut membantu dalam merawat keadaan mati pucuk.
Kebanyakan mati pucuk primer boleh diubati dan boleh sembuh dengan pengubatan dan terapi yang sesuai. Cara mengetahui anda telah sembuh adalah apabila anda tidak lagi memerlukan ubat - ubatan dan terapi untuk kekal ereksi.
Rawatan gambir emas seperti yang dinyatakan oleh saudara setakat ini tidak mempunyai bukti saintifik untuk menyokong pendapat ini. Namun tidak salah untuk cuba berikhtiar dengan cara ini. Haruslah diingatkan bahawa setiap ubat-ubatan yang diambil mempunyai kesan sampingan sama ada anda sedari ataupun tidak. Boleh juga terdapat kesan sampingan yang berbahaya, oleh itu, amat penting bagi seseorang pengguna untuk mendapatkan nasihat seorang doktor agar ubat yang sesuai dapat digunakan oleh individu pesakit yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.