Sulit
6 tahun
Mati pucuk ..tidak menegak sepenuh
Sy umur 38…anu sy tidak menegak… sepenuh… dan beberapa saat turun balik
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, encik mengalami disfungsi seksual.
Simptom disfungsi seksual pada lelaki:
- (Erectile Dysfunction) Mati pucuk – tidak berjaya mencapai atau mengekalkan ereksi pada batang zakar
- Retarded Ejaculation – tidak boleh mencapai tahap ejakulasi atau lewat mencapai ejakulasi walaupun telah mendapat ransangan seksual
- (Premature Ejaculation) Ejakulasi pramatang – Mencapai ejakulasi atau pancutan terlalu awal atau tidak dapat mengawal ejakulasi.
Rawatan yang boleh dipertimbangkan adalah berdasarkan punca masalah anda. Antaranya adalah:
bantuan psikoterapi , sesi bimbingan dan kaunseling - Pesakit biasanya disarankan untuk menghadiri sesi rawatan dengan pasangan untuk pemulihan yang lebih berkesan.
terapi seks yang dikendalikan oleh ahli terapi untuk membantu pasangan yang bermasalah dalam mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.
Terapi tingkah laku pula adalah untuk membantu pesakit atau pasangan dalam mengetahui tabiat seks yang selamat dan tabiat yang membahayakan hubungan.
Psikoterapi yang boleh membantu pesakit mengatasi trauma akibat penderaan seksual, mereka yang merasa gemuruh atau bimbang dengan prestasi seks dengan pasangan, atau pesakit yang merasa rendah diri dengan keadaan fizikal mereka.
Pendidikan seks - Komunikasi antara pasangan adalah antara perkara penting dalam mencapai perkembangan positif rawatan, selain membantu pasangan lebih memahami antara satu sama lain, ia juga membolehkan hubungan seks yang sihat dan selamat boleh berlaku.
Ubatan - Bagi lelaki yang mengahidap masalah disfungsi ereksi, ubat-ubatan seperti Viagra atau Levitra dapat membantu memberikan ketegangan pada zakar dengan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Alatan yang wujud di pasaran untuk membantu lelaki mencapai ereksi adalah seperti alat vakum atau alat implan pada zakar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































