
Sulit
3 tahun
Mcmana nak tahu waktu subur since period tidak teratur
Saya wanita baru berkahwin yg berusia 26tahun. Period saya tidak teratur hampir setahun asbab berat badan berlebihan mungkin (perasan yang ni) . Kitaran haid saya dua bulan sekali . Dan tempoh untuk ke haid seterusnya dalam 40-50hari. Persoalan saya , mcamana saya nak tahu waktu saya subur since first day of my period on 4th Feb dan sudah bersama dgn suami pada hari ke 14 16 18 dan 20 . Apakah pula simptom awal pregnancy untuk period yang tk teratur mcm saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, walaupun haid anda tidak teratur, ada beberapa cara yang boleh membantu anda membuat rekod:
Mencarta Kitaran Anda – Dengan mencatatkan maklumat ini, anda mungkin dapat melihat beberapa petunjuk bila masa haid akan datang. Beberapa aplikasi dalam telefon bimbit yang boleh membantu anda. Selain itu, maklumat ini amat penting untuk dikongsi dengan pakar sakit puan atau pakar kesuburan anda jika anda perlu menjumpai mereka.
Lendir Serviks – Lendir serviks anda berubah apabila anda mengalami ovulasi. Lendir serviks akan kering beberapa hari pertama selepas kitaran haid anda. Jumlah lendir serviks anda akan mula meningkat selepas itu. Apabila anda menghampiri ovulasi, lendir serviks akan menjadi banyak, licin, jernih dan meregang. Ramai wanita membandingkan konsistensi ini dengan putih telur.
Suhu Basal Badan (Basal Body Temperature) - Suhu badan anda berubah-ubah dengan permulaan ovulasi. Jika anda menjejaki suhu badan asas anda pada setiap pagi selepas bangun, anda akan mendapati peningkatan suhu semasa ovulasi berlaku. Ini memberitahu anda bahawa ovulasi sedang berlaku. Walau bagaimanapun, perubahan ini mungkin amat sedikit dan ada masanya tidak dapat dikesan.
Tanda-tanda awal kehamilan adalah sama untuk anda walaupun haid anda tidak teratur selain daripada haid yang tidak datang. Anda akan kemungkinan mengalami:
- Loya, dengan atau tanpa muntah
- Payudara lembut dan bengkak
- Keletihan yang berlebihan
- Kencing bertambah banyak
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor sakit puan ataupun doktor kesuburan (Fertility clinic) untuk berbincang dengan lebih teliti cara-cara yang dapat membantu anda mengandung. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.