Sulit
5 tahun
Mechanical valve dan warfarin
Saya ada 2 soalan. Soalan pertama adalah, saya telah mengunakan mechanical valve selama 10 tahun dan saya ingin tahu adakah mechanical valve ini harus di tukar dalam tempoh tertentu atau seumur hidup dan soalan kedua, saya mengambil ubat warfarin, adakah saya berisiko tinggi untuk mengandung.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kebiasaannya, mechanical valve boleh bertahan sehingga 20-30 tahun. Doktor anda akan sentiasa memantau keadaan valve anda dan akan memaklumkan kepada anda sekiranya valve anda perlu ditukar.
Setakat ini, tiada laporan yang mengatakan pengambilan ubat warfarin akan meningkatkan risiko seseorang untuk mengandung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat lanju, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.





































