
Sulit
4 tahun
Melakukan hubungan sejenis tidak kerap boleh kena HIV?
Saya dan pasangan tidak kerap melakukan hubungan seks tetapi kami tidak memakai kondom… Dan pasangan saya juga pancut luar… Adakah risiko saya kena HIV tinggi? Saya amat merisaukannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Untuk makluman anda, virus HIV boleh tersebar melalui perkara berikut:
- Aktiviti seks bebas dan rambang tanpa perlindungan
- Perkongsian jarum dalam kalangan pengguna dadah
- Lahir daripada ibu yang positif HIV
- Transfusi darah yang mengandungi virus HIV
- Needle prick injury dalam kalangan pekerja kesihatan
Sebagai nasihat dan peringatan, hubungan seksual sesama jenis adalah satu aktiviti yang tidak sihat. Elakkan diri daripada terus terlibat dengan aktiviti seperti ini dan mengubah gaya hidup anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.