
Sulit
4 tahun
Melakukan seks di bahagian dubur
Hi doc, saya nak tanya. Jika saya berhubungan dengan suami di bahagian belakang tanpa protection, adakah saya boleh mendapat hiv? atau hiv itu wujud jika saya melakukan hubungan itu dengan orang yg mengidap hiv saja?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, HIV disebarkan melalui bendalir badan seperti darah, air mani, cecair pra-mani, cecair faraj dan cecair rektum. Oleh itu, seseorang boleh dijangkiti HIV sekiranya melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut (sama ada dengan atau tanpa perlindungan) dengan pasangan yang HIV-positif sahaja.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.