
Sulit
4 tahun
Melakukan seks pertama kali
Saya pernah melakukan seks sekali sahaja pada 4 tahun yang lepas, adakah saya berisiko mendapat hiv

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, ia bergantung kepada status HIV pasangan anda sama ada beliau mempunyai penyakit tersebut ataupun tidak pada masa tersebut. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai risiko berdasarkan soalan dan keterangan yang diberi sahaja, maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda dan pasangan perlu diketahui.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh melakukan ujian saringan HIV. Sekiranya keputusan saringan menunjukkan anda positif, ujian lanjut dan pengesahan status HIV perlu dibuat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.