
Sulit
4 tahun
Melakukan seks semasa subur tanpa pancut dalam
saya wanita berusia 18 taun doktor . saya ingin bertanya saya telah melakukan hubungan seks 2 hari yang lalu semasa saya berada dalam fasa subur tanpa memakai kondom dan air mani dipancutkan didalam mulut saya selepas itu teman lelaki saya memasukan alat kelamin dia di dalam mulut saya sebelum dimasukan di dalam alat kelamin saya . saya takut ada sisa air mani di dalam mulut saya . dan sekarang saya memakan nanas selepas bersama kerana takut mengandung . adakah saya ada resiko untuk mengandung dan mengugurkan dengan makan nanas ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi.
Hubungan seks tanpa perlindungan baik oral (mulut) mahupun secara kelamin sekiranya terdapat kesan air mani pada alat kelamin wanita, terdapat risikonya untuk menjadi hamil. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih