Sulit
4 tahun
Melakukan seks semasa subur
saya wanita berusia 18 tahun . saya telah melakukan seks semasa saya dalam fasa subur tanpa memakai kondom dan dipancut di dalam mulut saya . setelah itu dia memasukan alat kelamin dia di dalam mulut saya untuk dibasahi dan dimasuki ke dalam alat kelamin saya . adakah saya akan mengandung doktor ? kerana takut masih ada sisa air mani di dalam mulut saya dan saya pun memakan nanas sekarang kerana takut akan mengandung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi.
Hubungan seks tanpa perlindungan baik oral (mulut) mahupun secara kelamin sekiranya terdapat kesan air mani pada alat kelamin wanita, terdapat risikonya untuk menjadi hamil. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

































