
farahhanimwahid
3 tahun
Melecet dibahagian paha
Hai doc… Sy wanita berumur 28 tahun. Right now tgh pregnant 32 weeks… Sekarang sy tgh hadapi masalah paha melecet ataupun mcm naik biji2 merah kecil bila memakai seluar dalam. Sebelum ni tidak pernah terjadi. Boleh doc suggest any medicine untuk sapu yg sesuai? Keadaan nie sgt tidak slesa bagi saya… Thanks doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah melecet pada bahagian peha disertai dengan biji-biji merah. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Masalah peluh
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jerawat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.