
Sulit
4 tahun
Meludah atau keluar kahak tanpa henti
Ayah saya umur 68 tahun meludah tanpa henti setiap hari…ada sakit stroke, kencing manis dan darah tinggi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan ayah anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tekak (tonsilitis)
- Jangkitan paru-paru\
- Tuberkulosis atau tibi
- Bronkiektasis
- Kanser paru-paru
- Refluks asid atau GERD
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh ayah anda. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya kerana keadaan ayah anda memerlukan perhatian segera.
Sila segera menghubungi doktor atau pergi ke hospital berdekatan sekiranya ayah anda menunjukkan gejala di bawah:
- Demam
- Sukar bernafas
- Sakit dada
- Kahak berdarah atau berwarna kuning atau hijau
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.