
raihana952
5 tahun
Memakai IUD namun tidak period
saya wanita berumur 27 tahun, saya mengambil kaedah perancangan IUD pada bulan 8 yang lalu. selepas memakai IUD 3 bulan pertama saya menghadapi pendarahan yang sangat bnyak sehngga 20 hari. bulan ini saya tidak mengghadapi sebarang pendarahan sehingga harini sudah masuk hari ke 15.adakah kaedah perancangan ini tidak sesuai dengan saya?adakah normal tidak keluar haid dalam masa yang lama? saya sudah cek pregnancy test, dan hasilnya negative.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, IUD ini boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- haid tidak teratur
- haid terlalu singkat atau tiada haid lansung
- gejala PMS seperti payu dara sakit, sakit kepala, loya, kulit kusam dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.