
Sulit
5 tahun
Membuang najis berwarna hitam
Saya aisah berumur 29thn, sejak dua hari lepas saya membuang najis berwarna hitam dan sering sakit perut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- Pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
- Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- Radang usus
- Kanser usus
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.